SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, October 31, 2010

Program Jom Tazkirah sambil Bakar Ayam anjuran Skuad Cakna Masyarakat Terapcare Meriah


Skuad Cakna bergambar bersama Pengerusi dan Setiausaha Terapcare
Ust Hamizan bersama Geng Skuad Cakna...
Pengerusi Terapcare menyampaikan sedikit Tazkirah sebelum Jamuan
Tekun mendengar Nasihat dari Ust Hamizan
Ust Hamizan bersama-sama membakar ayam untuk dijadikan hidangan pada malam itu
Tolong menolong amalan mulia

Skuad Cakna Masyarakat Terapcare bersama Majlis Ketua Kampong Lubuk Labi mengadakan program bakar ayam bersama anak muda.Program ini dimulakan di Kg Lubuk Labi dan akan diadakan lagi di Kampong kampong yang lain selepas ini.Antara aturcara program tersebut ialah bacaan yasin,tahlil dan tazkirah oleh Ustaz Hamizan selaku pengerusi dan pengasas Skuad Cakna ini. Tazkiran itu disampaikan lebih kurang 15 minit bagi mengajak anak muda mendekati Islam.Lebih kurang 70 orang anak muda yang bersama dengan program pada malam itu.Setakat ini,lebih kurang 250 orang Ahli Skuad Cakna Masyarakat Terapcare yang berdaftar.Ustaz Hamizan menjelaskan,tujuan beliau menubuhkan skuad ini adalah untuk memberi peluang kepada anak anak muda kampong memberi jasa dan bakti mereka kepada orang kampong mereka sendiri sekaligus memperbaiki masalah yang dihadapi oleh mereka.Ustaz Hamzan menyatakan,Skuad Cakna hendaklah menjadi mata telinga kepadanya dan Terapcare sekiranya ada masalah yang berlaku di kampong masing -masing,maka skuad cakna bertanggungjawab melaporkan kepada Terapcare untuk disalurkan bantuan.

No comments:

Post a Comment