SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, November 21, 2010

Majlis Jamuan AidilAdha dan Meraikan petugas Banjir Skuad Cakna Terapcare di Kg Perik


Bergambar kenangan bersama Skuad Cakna Terapcare cawangan Perik
Ust Hamizan menyapa pengunjung warga Emas di majlis Jamuan Aidil Adha Terapcare 2010
Ust Hamizan menyampaikan sumbangan kerusi Roda kepada Adik Mohd Zahir yang cacat sejak kecil
Ust Hamizan menyampaikan saguhati kepada petugas Banjir
Saguhati tanda ingatan dari AJK Terapcare atas kesungguhan mereka melakukan kerja-kerja kebajikan

En Azizan Yusof menyampaikan hadiah
Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan semangat kepada Ahli Skuad Cakna Terapcare Daerah Padang Terap

Zulkifli Hj Ibrahim Ketua Zon Perik menyampaikan ucapan aluan


Setelah musibah banjir sudah reda Padang Terap,AJK Terapcare mengadakan suatu Majlis bersempena Hari Raya Aidil Adha iaitu jamuan Aidil Adha..Bunyinya agak pelik tapi itulah hakikatnya program yang diilhamkan oleh Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare.Di Majlis itu,Terapcare menyampaikan sedikit saguhati kepada petugas skuad cakna yang bertungkus lumus membersih rumah-rumah mangsa banjir sekitar Padang Terap. Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ust Hamizan dan juga EN Syukri selaku Timbalan pengerusi dan En Azizan Setiausaha Terapcare Daerah Padang Terap.Sumbangan itu sebagai pembakar semangat kepada Para petugas sekaligus menaikkan semangat Ahli-ahli yang lain untuk berbakti kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment