SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, December 23, 2010

Majlis bakar ayam Cawangan Padang Setol.


Ust Hamizan menyampaikan tazkirah kepada remaja Kg Padang Setol

Menjamu selera ayam bakar

Ahli Skuad Cakna Cawangan Padang Setol bergotong royong membakar ayam

Terapcare meneruskan programnya ke setiap Cawangan di seluruh Padang Terap iaitu Bakar Ayam bersama Remaja.Ini bertujuan menghimpunkan anak2 muda bagi mengisi sedikit sebanyak nasihat dalam program tersebut. Cawangan ini merupakan cawangan yang ke 3 setelah Kg Lubuk Labi dan Pong Utara yang telah selesai melaksanakannya.Ust Hamizan Berjanji untuk meneruskan program ini bagi menjadikan Dakwah boleh dimana sahaja..

No comments:

Post a Comment