SEJARAH KAMI
DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.
TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.
Thursday, December 23, 2010
Majlis Khatan Perdana 2010
Ust Hamizan menjadikan rumahnya sebagai Markas Induk Program Khatan Perdana 2010
Cuti sekolah pada tahun ini dimanfaatkan oleh Terapcare dengan mengadakan Majlis Berkhatan Perdana 2010.Bertempat di Rumah Ust Hamizan di Kg Pong Utara,Kuala Nerang,Kedah. Seramai 20 orang kanak2 dari seluruh Padang Terap dikhatankan disini.Mereka terdiri dari anak2 yatim dan Miskin dari segenap ceruk kampong .Kos Khatan dibiayai oleh Terapacare hasil sumbangan orang ramai dari Kuala Lumpur.Seekor lembu ditumbangkan sebagai sajian kepada tetamu jemputan.Semunya hasil sumbangan orang ramai. ust Hamizan berkata,Pada tahun ini jumlah sebenarnya hampir 30 orang,akan tetapi ada anak2 yang takut bila berdepan dengan mudim,maka jumlahnya berkurangan ke 20 orang sahaja,namun beliau berharap agar pada tahun yang akan datang,jumlah ini dapat ditingkatkan bagi memanfaatkan setiap sen sumbangan yang disalurkan kepada Terapcare.Ini adalah program tahunan Terapcare bermula pada tahun lepas dengan jumlah peserta 17 orang.ini menandakan sokongan masyarakat kepada Terapcare semakin bertambah dan keyakinan untuk menguruskan segala sumbangan semakin padu..InsyaAllah..dari semasa kesemasa,terapcare akan mengatur langkah dengan mengadakan pelbagai program yang akan memberikan manfaat kepada Masyarakat Miskin Padang Terap
No comments:
Post a Comment