SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, December 24, 2010

Terapcare anjur Program kacau bubur Assyura


Ust Hamizan menyampaikan sedikit tazkirah selepas Solat Asar sempena Assyura
Anak muda semakin menunjukkan minat untuk mengetahui hal-hal agama
Mengaminkan doa untuk kesejahteraan dunia akhirat
Membungkus Bubur asyura untuk diagihkan kepada penduduk kampong
Tazkirah ringkas sebagai pendedahan berkaitan agama
Gotong -Royong menyediakan Bubur

Bubur asyura merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW

Maal Hijrah 1432 H telah tiba. Sebagai Umat Islam yang cintakan Nabi SAW,maka pada bulan ini digalakkan untuk membuat Bubur asyura. Terapcare bersama Skuad Cakna Padang Setol dan Lubuk Labi menyediakan sebanyak 450 bungkus bubur untuk diagihkan kepada golongan miskin sekitar. sebanyak 200 bungkus disediakan oleh Skuad Cakna Padang Setol dan yang selebihnya oleh Skuad Cakna Lubuk Labi.Seperti biasa,bagi Terapcare,inilah masa untuk menarik kembali anak2 muda untuk memahami Sunnah Nabi. Selepas mengacau bubur,Ust Hamizan Mengimamkan Solat Asar berjemaah,dan selepas itu diadakan sedikit tahlil serta tazkirah ringkas berkenaan Assyura. Alhamdulillah,dengan pendekatan yang dibuat,para remaja semakin menunjukkan minat mereka untuk mendalami Ilmu agama. Ust Hamizan menjelaskan,beliau lebih suka berdakwah sambil santai bersama anak2 muda dikawasannya,kerana ia akan meninggalkan kesan yang lama.Alhamdulillah,dengan sumbangan yang disalurkan,terapcare berjaya mengemudi bahtera ini untuk manfaat rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment