SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, February 6, 2011

Konvensyen Skuad Cakna Terapcare kali pertama meriah


Ahli Jawatankuasa Skuad Cakna Terapcare sesi 2011-2012.
Wakil SPR mengira jumlah undian
Perwakilan membuang undi memilih Naib Ketua Skuad Cakna Daerah
Kg Padang Setol menerima anugerah Cawangan Paling Aktif
Kg Tanjung Kuala Nerang menerima anugerah cawangan Harapan
Kg Perik dinobatkan sebagai cawangan Terbaik
Menyaksikan persembahan multimedia oleh Skuad Cakna Cawangan Perik
YB Dr Ismail merasmikan majlis
YB Ust Nasir menyampaikan amanat kepada ahli2 skuad Cakna
Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan
bacaan ikrar diketuai En Azmi Mat Dan
Antara perwakilan cawangan2 yang hadir.
Perasmi dan dif2 kehormat mengambil tempat di pentas
Pengerusi Terapcare menyambut ketibaan YB Dr Ismail

suasana di meja pendaftaran

Sejarah terukir di Padang Terap.Satu konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan oleh Terapcare dan dibantu oleh Pejabat YB Ahli Parlimen dan Majlis Daerah Padang Terap.Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Dr Ismail Bin Salleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah.Turut hadir YB Ust Nasir,Ust Hamizan Amzah,Syukri Abdullah selaku timbalan pengerusi,Azizan yusof Setiausaha,Dzulkifli Hussain dan Amzah Bin Hassan yang merupakan AJK Terapcare,turt hadir MKK dan AJK Pemuda PAS Kawasan Padang Terap.Konvensyen ini disertai lebih kurang 300 peserta dan 130 darinya ialah perwakilan yang selebihnya pemerhati.Terapcare mempunyai 28 cawangan diseluruh Daerah Padang Terap dengan keahlian sekitar 750 orang.Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hbungan antara Ahli Skuad Cakna dan bagi membincangkan hala tuju Skuad Cakna dimasa depan..dalam masa yang sama,Terapcare menganugerahkan anugerah kepada cawangan dalam tiga kategori, cawangan terbaik dimenangi Kg Perik,Cawangan Paling Aktif Kg Padang Setol dan Cawangan Harapan dimenangi Kg Tanjung Kuala Nerang..
READ MORE- Konvensyen Skuad Cakna Terapcare kali pertama meriah

Monday, January 31, 2011

Pengerusi Terapcare Rasmi 4 Cawangan Skuad Cakna yang Baru..


Skuad Cakna Kg Pong Manis
Ust Hamizan merasmikan Cawangan Pong Manis
Cawangan Kg Pokka
Cawangan Bukit Buluh

Skuad Cakna Terap Care terus menerima sambutan yang menggalakkan dikalangan pemuda belia sekitar Padang Terap..Terbaru,Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare Daerah Padang Terap merasmikan 4 cawangan baru iaitu Pong Manis,Bukit Buluh,Pokka dan Nai Teh..setakat ini Skuad Cakna Terap Care (SCTC) telah mempunyai 25 buah cawangan dengan ahli sekitar 700 orang.Ust Hamizan berkata, kebangkitan anak muda untuk menabur bakti kepada masyarakat semakin melonjak setelah pelabagai program disusun untuk mereka.Walaupon pelbagai fitnah dan sekatan dikenakan,namun Terapcare tetap teguh dihati Rakyat Padang Terap..Terapcare Sentiasa Prihatin..
READ MORE- Pengerusi Terapcare Rasmi 4 Cawangan Skuad Cakna yang Baru..

Lawatan Skuad Cakna Ke Kampung Kuala Janing


Pengerusi Terapcare berada dalam rumah Aswira di Kg Kuala Janing
Bumbung bocor,nak tidor pon susah kalau hujan
Keadaan rumah rakyat..jauh berbeza dengan mahligai pemimpin
Menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang anaknya OKU
Depa nak ambik gambaq tu...kata Tok Cik ni....

Nenek yang menerima sumbangan ni,walaupon umur dah 70 tahun tapi masih mengambil upah menoreh getah orang,demi mencari sesuap nasi.katanya ,nenek ini hanya dapat RM 20 sehari...anaknya juga sama..seorang Janda kerana kematian Suami..

Seperti biasa,aktiviti Terapcare yang paling utama ialah menziarahi masyarakat miskin dan menyampaikan sumbangan barang makanan serta sedikit wang saguhati kepada mereka.pada Hari Isnin 24 hb 1 2011,Ust Hamizan bersama MKK kampung Kuala Janing dan En Yusri,Ketua Skuad Cakna Terapcare(SCTC) turun ke rumah-rumah warga miskin Kg Kuala Janing untuk mendengar masalah mereka,sebanyak 20 rumah yang diziarahi pada lawatan kali ini..semoga program yang murni ini akan mampu untuk diadakan berterusan bagi merialisasikan impian bersama..TerapCare Sentiasa Pritahin...
READ MORE- Lawatan Skuad Cakna Ke Kampung Kuala Janing

Saturday, January 22, 2011

Lawatan Pengerusi Terapcare ke Kg Pokka


Ust Hamizan melihat rumah seorang penduduk di Pokka..InsyaAllah Terapcare akan memperbaikinya
Hulurkan sumbangan ringankan beban
keadaan rumah rakyat
Mendenganr masalah orang kampung
Rumah yang terbengkalai akibat tiada duit untuk menyiapkannya..dah 5 tahun dok macam ni

19 jan 2011: Pengerusi Terapcare bersama dengan MKK Kampung Pokka Padang Sanai meneruskan aktiviti jelajah Terapcare bersama masyarakat.Lebih kurang 5 buah rumah yang dilawati.Terapcare menghulurkan sumbangan barang makanan dan sebagainya.Memandangkan keadaan rumah yang uzur,Ust Hamizan berhasrat untuk membantu mereka mendirikan sebuah penempatan yang agak selesa.Oleh itu,Terapcare memohon sumbangan dari tuan/puan yang budiaman untuk menyalurkan sumbanganbagi merialisasikan impian ini..
READ MORE- Lawatan Pengerusi Terapcare ke Kg Pokka

Sunday, January 9, 2011

Terapcare sampaikan sumbangan kepada mangsa rumah terbakar


Ust Hamizan bersalaman dengan Ust Haron Pegawai di Pejabat Agama Padang Terap yang melawat Rumah Imam Ust Hamid.
Ust Hamizan menyampaikan sumbangan dari Terapcare kepada ust Hamid

Rumah Imam Kg Bendang Raja yang hangus dijilat api


Malang tak berbau, itulah yang berlaku kepada Imam Masjid Kg Bendang Raja Ust Hamid.Rumahnya hangus dijilat api pada tengahari 2hb Jan 2011 yang lalu.. Ust Hamid menceritakan bahawa beliau sedang berehat di tingkat bawah rumah selepas solat Zohor.Kemdian,beliau dikejutkan oleh seorang Anak Kariahnya yang menjerit memberitahunya rumahnya terbakar disebelah atas. Bomba menyatakan punca kebakaran disebabkan litar elektrik yang sudah berusia 25 tahun disebelah atas rumah.Sebelah atas semuanya rumah lama yang diperbuat daripada kayu. Bomba tiba selepas 20 minit kebakaran berlaku. Alhamdulillah,tiada kecederaan yang berlaku kepada keluarga Imam Ust Hamid.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepadanya.Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan.
READ MORE- Terapcare sampaikan sumbangan kepada mangsa rumah terbakar