SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, January 31, 2011

Lawatan Skuad Cakna Ke Kampung Kuala Janing


Pengerusi Terapcare berada dalam rumah Aswira di Kg Kuala Janing
Bumbung bocor,nak tidor pon susah kalau hujan
Keadaan rumah rakyat..jauh berbeza dengan mahligai pemimpin
Menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang anaknya OKU
Depa nak ambik gambaq tu...kata Tok Cik ni....

Nenek yang menerima sumbangan ni,walaupon umur dah 70 tahun tapi masih mengambil upah menoreh getah orang,demi mencari sesuap nasi.katanya ,nenek ini hanya dapat RM 20 sehari...anaknya juga sama..seorang Janda kerana kematian Suami..

Seperti biasa,aktiviti Terapcare yang paling utama ialah menziarahi masyarakat miskin dan menyampaikan sumbangan barang makanan serta sedikit wang saguhati kepada mereka.pada Hari Isnin 24 hb 1 2011,Ust Hamizan bersama MKK kampung Kuala Janing dan En Yusri,Ketua Skuad Cakna Terapcare(SCTC) turun ke rumah-rumah warga miskin Kg Kuala Janing untuk mendengar masalah mereka,sebanyak 20 rumah yang diziarahi pada lawatan kali ini..semoga program yang murni ini akan mampu untuk diadakan berterusan bagi merialisasikan impian bersama..TerapCare Sentiasa Pritahin...

No comments:

Post a Comment