SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, February 20, 2011

Skuad Cakna Usung Rumah


Bergambar kenangan selepas selesai mengusung rumah
Berat sama dipikul,ringan sama di jinjing
YB Ust Nasir dan Ust Hamizan bergambar bersama tuan rumah ketika SkuadCakna mengusung rumah


YB Ust Nasir turut bersama
1,2,,3 angkat
perancangan amat penting,salah langkah patah lantai rumah ni..
YB turut mengusung pelapik rumah
Abg Non Perik dilantik secara automatik sebagai kapten usung rumah

Terapcare terus berbakti kepada Masyarakat Padang Terap walau apa rintangan melanda.Baru-baru ini,Terapcare bersama Skuad Caknanya mengusung rumah Sdr Farid di Kuala Nerang.Rumahnya senget akibat ditenggelami banjir dua bulan lepas.Pengerusi Terapcare menjelaskan,Terapcare menyediakan pelapik secara percuma kepada tuan rumah.Gotong royong ini disertai lebih kurang 100 orang ahli skuad Cakna yang mewakili Kampung masing-masing.Tuan rumah amat terharu dengan keprihatinan yang diberkan oleh SCTC.Hadir sama dalam program ini ialah YB Ust Nasir selaku Ahli Parlimen Padang Terap yang juga selaku Penaung Terapcare.

No comments:

Post a Comment