SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, February 7, 2011

Jelajah Bersama YB Ahli Parlimen Padang Terap ke 10 buah kampung..


Terapcare ke Kg Tanjung Kuala Nerang
Yang senang membantu yang susah..itulah ajaran Islam
masih ada insan yang prihatin...
beginilah keadaan dapur rumah rakyat Padang Terap
Mak Cik ni menangis menceritakan mereka sekeluarga kadang2 tak makan kerana duit tak ada
peserta jelajah berhenti seketika dalam perjalanan ke rumah orang miskin Pong Manis
Inilah mahligai rakyat...
bersama En Hafiz,seorang Insan Pemurah dari Kuala Lumpur..hadir bersama kami untuk membantu warga Padang Terap

Jalan untuk ke rumah Abg Ad ni tersekat kerana pokok tumbang..mujurlah ada Skuad Cakna boleh settle kerja..

Terapcare menerima kunjungan seorangh dermawan dari Kuala Lumpur iaitu En Hafiz yang sudi untuk hadir membantu masyarakat miskin disini..Alhamdulillah,sebanyak 30 penerima sumbangan dari 10 buah kampung di Padang Terap.Sumbangan merupakan barangan keperluan harian dan sedikit wang zakat dari en Hafiz.Antara Kampung yang dilawati ialah Bukit Nambua,Pong Utara,Pong Manis,Naka,Kubang Juluk,Kg Tanjung Kuala Nerang,Kuala Janing,Barokhas,dan Padang Setol.

No comments:

Post a Comment