SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, February 27, 2011

Terapcare sentiasa Prihatin Nasib Golongan Miskin


YB Ust Nasir menyampaikan sumbangan sempena Maulidurrasul di Kg Pong Utara
Pengerusi Terapcare menyampaikan sumbangan di Keda Bukit Kura
Skuad Cakna sentiasa bersama dalam program jelajah Terapcare
Ust Hamizan bergambar dihadapan timbunan bahan binaan sumbangan terapcare untuk memperbaiki rumah saudara Aswira yang menunggu roboh

Menyampaikan sumbangan di Kg Labi Tualak
Sumbangan kepada warga emas yang OKU di Kg Bendang Raja

Terapcare terus mengatur langkah menyusun strategi dengan pelbagai program untuk membantu golongan miskin di kawasan Padang Terap.Bulan Februari,Terapcare menjelajah lebih kurang 15 buah kampung untuk menemui golongan miskin untuk menyampaikan sumbangan barang keperluan harian dan sedikit wang saku.Terpancar kegembiraan diraut wajah mereka yang menerima..ada yang suka,ada yang menangis dan sebagainya..begitulah lumrah hidup,yang susah dibantu yang senang membantu InsyaAllah dunia akan aman..

No comments:

Post a Comment