SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Wednesday, March 31, 2010

Terapcare dekat di hati masyarakat ...


YB Ust Nasir menyampaikan sumbangan kepada Pelajar SPM yang mendapat 10A 2B

Ustaz Hamizan menziarahi warga emas yang uzur


Terapcare sentiasa prihatin dengan masalah rakyat Padang Terap.Bermacam program kebajikan yang diadakan untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Miskin disini.setiap aduan diterima dan ditapis untuk disalurkan sumbangan..kepada Tuan/Puan yang menghulurkan sumbangan,diucapkan jutaan terima kasih..teruskan sumbangan..Allah akan memberkati kita semua..
READ MORE- Terapcare dekat di hati masyarakat ...

Terapcare bersama golongan Muda..




Bakar ayam menjadi antara aktiviti untuk mendekati generasi muda.
YB Ust Nasir Zakaria bersama pemuda yang menyertai program

Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap mengorak langkah kehadapan untuk mendekati pemuda dalam Parlimen Padang Terap.Terapcare yang diketuai oleh YB Ust Mohd Nasir Zakaria mengadakan program yang santai akan tetapi memberi makna dan sumbangan yang besar kepada masyarakat dengan mendekati golongan muda.Program yang dinamakan Bakar Ayam(BBQ) diadakan di setiap kampung diseluruh Parlimen Padang Terap.setelah jelajah ini dimulakan,semakin ramai golongan muda yang menunjukkan minat kepada Islam..setiap program kita adakan sedikit tazkirah untuk memperingati Hidup dan mati..program ini diadakan setiap malam jumaat setiap minggu demi untuk melihat masyarakat kita kenal Agama Islam yang sebenar..bukan setakat kebajikan sahaja,Terapcare juga mementingkan soal akidah anak muda kita..insyaAllah,sama-sama doakan semoga kita berjaya
READ MORE- Terapcare bersama golongan Muda..

Friday, February 5, 2010

Terapcare bersama mahasiswa Universiti malaya di sek.Men Agama Al-Khairiah


Ust Hamizan menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah
Ust Hamizan menyampaikan ceramah kepada pelajar SMUK
Sdr Rahafiz menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dalam program tersebut.

Pelajar khusyuk menonton tayangan yang di buat oleh mahasiswa Universiti Malaya,Nilam Puri.


Terapcare,mengorak langkah jauh kehadapan bersama mahsiswa Universiti Malaya kampus Nilam Puri dengan mengadakan satu prgram motivasi untuk pelajar sekolah menengah Agama Al-Khairiah.Program itu disertai oleh 214 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5 sekolah menengah Agama Al-Khairiah.majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi semangat belajar kepada anak-anak miskin Padang Terap untuk lebih berusaha menuju ke menara gading..semua ini diadakan bagi merialisasikan matlmat TERAPCARE iaitu mewujudkan generasi berilmu..
READ MORE- Terapcare bersama mahasiswa Universiti malaya di sek.Men Agama Al-Khairiah

Terapcare terus sumbang bakti




KAMPUNG PONG MANIS- Tabung Kebajikan Al Masakin (Terapcare) terus mengorak langkah membantu golongan miskin di kampung ini dengan pemberian sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Setiausaha Terapcare,Ust Mohd Hamizan Amzah berkata, sumbangan yang diberikan ini adalah kerjasama dengan penuntut Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilampuri, Kelantan yang datang berkunjung ke daerah ini bagi memantau keadaan penduduk sekali gus menyalurkan sumbangan kepada mereka.

Menurutnya, sumbangan yang disampaikan ini adalah untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah bagi membantu membeli keperluan harian mereka.

“Sumbangan hari ini walaupun tidak seberapa, namun sedikit sebanyak membantu penduduk ini bagi menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka.

“Selain itu, kami turut memberi sumbangan senaskhah al-Quran sebagai salah satu cara untuk golongan ini mengingati Allah SWT dalam kehidupan harian yang juga datangnya dari Dia. Susah dan senang seseorang itu adalah melalui ketaatannya kepada Allah,” katanya.

Mohd Hamizan berkata, sumbangan ini akan diberikan secara berterusan jika anak-anak ini menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran mereka sebagai sokongan untuk anak-anak ini berjaya dan membuktikan kejayaan pada masa akan datang.

Sementara itu, majlis turut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ust Mohd Nasir Zakaria.

Mohd Nasir berkata, sumbangan ini harus dinilai dari segi sentimental, iaitu ia berkesan untuk rohani dan jasmani seseorang itu meneruskan hidup ke arah yang lebih baik.

“Kalau kita susah, ingatlah ada yang lebih susah daripada kita. Jika kita mempunyai sebuah motosikal buruk, ingat kepada mereka yang berjalan kaki. Seterusnya, jika kita berjalan kaki, ingat bahawa ada orang yang lebih susah akibat ketiadaan kaki.

“Inilah lumrah hidup, manusia tidak akan puas dengan apa yang dimiliki mereka kerana jarang menanam rasa syukur dalam hati mereka,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan kekayaan yang paling tinggi adalah sifat syukur dan kerohanian yang mantap dan memandang segala hal itu sebagai satu perkara yang positif.

Menurutnya, apa yang penting adalah tidak menjadi ‘kaya’ atas kesusahan orang lain. Memiliki apa yang diperlu sahaja sudah memadai selebihnya sumbang dan ingat kepada mereka yang lebih memerlukan.

Justeru itu, beliau mengingatkan penduduk agar terus berusaha meningkatkan diri sendiri dan dalam masa yang sama bersyukur dengan apa yang mereka ada sebagai salah satu cara untuk hidup aman dan bahagia di dunia serta akhirat.

artikel dari: sinar harian..
READ MORE- Terapcare terus sumbang bakti

Saturday, January 16, 2010

Sehari bersama masyarakat miskin Padang Terap...


Ustaz Hamizan bersama Mohd Khairan ketika program jelajah..inilah dapur masyarakat miskin Padang Terap...
Inilah penempatan masyarakat Padang Terap,berdindingkan Buluh...betapa susahnya hidup mereka...
Adakah kita sanggup hidup dan tinggal di rumah begini???
Gembira menerima sumbangan dari Tuan/Puan...tak putus-putus mereka berterima kasih...
menghulurkan sumbangan sekadar yang teramampu..sebagai tanda prihatin dan kasih sayang


Disinilah tempat berteduh dan tempat merehatkan diri..sementara menunggu panggilan ilahi...
Apa khabar Pak Long...?? sihat ust...,jawab mereka...Ini sumbangan sikit dari Penyumbang dari Kuala Lumpur untuk Pak Long...terima kasih ustaz..semoga Allah murahkan rezeki penyumbang ini...doa mereka...amin..


Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap(Terapcare) mengadakan program jelajah jejak Fakir Miskin baru baru ini.. segenap ceruk kampung di jelajahi untuk menyalurkan sumbangan barang makanan dan zakat hasil sumbangan orang ramai.. program ini di ketuai setiausaha terapcare,ust hamizan dan di ikuti oleh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Alor Setar Kedah..lebihkurang 6 buah kampung yang sempat dikunjungi dalam program tersebut..jelas terpancar di raut wajah mereka kegembiraan bila menerima sumbangan tersebut.Terapcare bercadang untuk menjadikan program jelajah ini sebagai rutin bulanan bagi meringnkan bebanan mereka..
READ MORE- Sehari bersama masyarakat miskin Padang Terap...