SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, August 21, 2012

Majlis Penyampaian sumbangan dan saguhati untuk anak yatim,ibu tunggal,dan miskin Kg Belukar Luas






Adalah menjadi kewajipan bagi setiap manusia muslim yang beriman kepada Allah,apabila Allah kurniakan rezeki kepadanya,maka disedekahkan sebahagiannya kepada yang kurang berkemampuan.Terapcare Padang Terap mengucapkan tahniah buat AJK Terapcare Belukar Luas,AJK Surau Kg Kerasak, dan juga Pemuda Kg Belukar Luas atas inisiatif menghimpunkan sumbangan untuk diagihkan kepada golongan miskin disana.Majlis dimulakan dengan solat Isya dan Terawih berjemaah,kemudian majlis Khatam AL-Quran dan tazkirah Oleh Ust Mohammad Hamizan.
READ MORE- Majlis Penyampaian sumbangan dan saguhati untuk anak yatim,ibu tunggal,dan miskin Kg Belukar Luas

Sumbangan AidilFitri bersama Yayasan Dr Eyusof Teh





Alhamdulillah,rezeki di bulan Ramadhan,Padang Terap mendapat perhatian koporat dan dermawan untuk menabur bakti dan jasa serta menyantuni golongan Miskin disini.Yayasan Dr Mohd Eyusoff Teh tampil menyampaikan zakat dan sumbangan kepada warga miskin disini,Semoga Allah menambahkan rezki mereka dan di berikan ganjaran pahala oleh Allah di dunia dan Akhirat
READ MORE- Sumbangan AidilFitri bersama Yayasan Dr Eyusof Teh

Sumbangan Aidilfitri di Tandop Besar








Ramadhan tiba lagi.Terapcare sebagai sebuah NGO yang berasaskan kebajikan tampil mengumpulkan dana dan sumbangan seterusnya menyalurkan kepada golongan yang selayaknya menerima.baru-baru ini,Terapcare telah menyampaikan sumbangan sebanyak 500 beg barangan makanan dan duit raya kepada golongan miskin di Padang Terap.Terima kasih kpd semua penyumbang,semoga Allah berkati kalian semua.
READ MORE- Sumbangan Aidilfitri di Tandop Besar

Sunday, February 19, 2012

Majlis Sambutan Ambang Maulidurrasul Di Masjid Assaadah Kg Pong Utara









Terapcare telah menganjurkan majlis kenduri bersama orang kampung di Kg Pong Utara iaitu di Masjid Assaadah bersempena Maulidurrasul SAW.Pada sebelah malamnya diadakan ceramah yang penceramahnya ialah Ust Ahmad Husam Bin Dato' Syeikh Muhammad Baderuddin.Hadir sama dalam majlis tersebut YB Ust Mohd Nasir Zakaria dan YBhg Ust Mohammad Hamizan Amzah.
READ MORE- Majlis Sambutan Ambang Maulidurrasul Di Masjid Assaadah Kg Pong Utara

Sekitar Majlis Penganugerahan Bengkong Seni SIlat Gayong Pusaka Malaysia























Pada Hari Sabtu 18hb Feb 2012,majlis penganugerahan bengkong kepada anak2 gayong yang telah tamat latihan.Majlis diadakan di Mini Stadium Kuala Nerang.Majlis dirasmikan oleh Ust Rosli Bin Azmi Pegawai Khas Menteri Besar Kedah untuk bahagian Belia dan Sukan menggantikan YB Dato' Dr Hj Hamdan Khalib EXCO Belia Kedah yang tidak dapat hadir.
READ MORE- Sekitar Majlis Penganugerahan Bengkong Seni SIlat Gayong Pusaka Malaysia