SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, December 1, 2011

Malam perasmian cawangan Bendang Tok Teri Naka









Bendang Tok Teri antara cawangan yang ke 52 Terapcare di Padang Terap.Ia dirasmikan oleh Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare Padang Terap.Disertai oleh 41 orang ahli dikalangan anak muda yang amat meminati Terapcare.Ust Hamizan berbangga dengan pemikiran anak muda Padang Terap yang amat meminati bidang kebajikan dan seterusnya menceburi organisasi dalam Terapcare.Semoga usaha murni ini akan senantiasa dipelihara dan di berkati oleh Allah..
READ MORE- Malam perasmian cawangan Bendang Tok Teri Naka

Tuesday, November 8, 2011

Korban Perdana Terapcare DUN Pedu meriah..


Banner mengalukan wakil2 cawangan dan penduduk setempat ke Majlis Korban Perdana Terapcare DUN Pedu
gotong royong amalan mulia
YB Penaung Terapcare dan Pengerusi Terapcare menyampaikan daging korban
YB Ust Nasir dan Ust Hamizan bersembang bersama warga kampong Banggol Pong yang hadir
YB Ust Nasir menyembelih lembu korban dan Ust Hamizan bertakbir raya
YB Penaung dan Ust Hamizan melangkah ke Majlis Korban Perdana..Dua orang muda yang banyak mencorakkan suasana Padang Terap
Wakil cawangan merebah lembu untuk cawangan mereka
Ust Hamizan membaca senarai nama peserta korban yang diwakilkan kepadanya..

Geng Padang Setol membuktikan kemahiran mereka..
Ust Hamizan memberikan taklimat cara pembahagian daging korban kepada wakil cawangan

Abg Zul Tong Pelu (baju belang)yang sangat berkebolehan dalam lapah melapah lembu ni...Terima kasih abg zul

makan meggi sambil tunggu lembu di Banggol Pong..Tahniah anak muda Banggol Pong sanggup tunggu sampai 2 malam takut ada org buat kacau..sanggup tido dalam van..tahniah..hanya Allah mampu membalas jasa kalian semua..

Panglima koboi..Pak cik dani..dan MKK Banggol Pong ketika nak turunkan lembu..waktu malam..

Terapcare sebagai sebuah NGO Islam yang bergerak aktif di sekitar Padang Terap bagi membantu mereka2 yang kurang bernasib baik.Disetiap ketika dan suasana ,Terapcare terus bersama masyarakat sehinggakan nama Terapcare menjadi siulan dan bahan bicara di kedai kopi dan di dangau2 disekitar Padang Terap.Banyak juga tohmahan dan kutukkan kepada Terapcare,namun ianya tak mematahkan semangat anak2 muda yang bersama Terapcare yang mencecah 2000 orang.Sehubungan dengan itu,AidilAdha yang datang disambut baik oleh warga Terapcare.Sebanyak 10 ekor lembu di korbankan dan diagihkan kepada masyarakat sekitar DUN Pedu.sebanyak 6 ekor disembelih di Kg Banggol Pong dan selebihnya di Kg Pong Utara,Pong Manis,Kubang Kenyeng dan Felda Lubuk Merbau.Ust Hamizan selaku Pengerusi Majlis Korban Perdana Terapcare berkata,sebanyak 1200 keluarga dapat menikmati daging korban yang diagihkan Terapcare tanpa mengira ideologi politik.Program ini merupakan program tahunan Terapcare sejak ia mula ditubuhkan.Kami berdoa agar Allah memberikan ganjaran pahala kepada para peserta korban yang menyumbangkan lembu untuk dikorbankan di Padang Terap..ayuh sama2 kita berdoa agar perjuangan golongan anak muda ini akan sentiasa diRedhoi dan diberkati Allah..
READ MORE- Korban Perdana Terapcare DUN Pedu meriah..

Majlis Korban Perdana Anjuran Terapcare peringkat DUN Kuala Nerang


Ust Mohammad Hamizan selaku Pengerusi Terapcare
Wakil Cawangan Perik memotong daging untuk dibungkus dan diagihkan
muda dan tua bersama-sama melapah lembu
Ust Hamizan bersama dengan ahli2 skuad cakna membersihkan perut lembu untuk di masak
Pengerusi Terapcare bersama2 melapah lembu untuk cawangan Naiteh dan Bukit Tembaga

mendengar sedikit taklimat dari Ust Hamizan untuk melancarkan penghantaran daging korban kepada yang memerlukan

Ya Allah..inilah korban kami..terimalah Ya Allah sebagai pengorbanan seorang Hamba
Terapcare terus berjasa kepada masyarakat Padang Terap.Sebanyak 6 ekor lembu telah di sumbangkan untuk dagingnya diagihkan kepada kampung2 di sekitar DUN Kuala Nerang.Sebanyak 5 ekor disembelih di Kuala janing dan seekor lagi di Banggol Pong.Ust Hamizan yang merupakan Pengerusi Terapcare berkata,beliau amat berbangga dengan kesungguhan dan muafakat serta jalinan kerjasama yang diberikan oleh ahli2 di cawangan dalam melancarkan urusan korban.Terapcare mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama peserta korban dan seluruh jentera yang telah menjayakan Majlis yang amat bermakna ini.Semoga apa yang kita lakukan ini akan diberkikan ganjaran oleh Allah di Akhirat nanti
READ MORE- Majlis Korban Perdana Anjuran Terapcare peringkat DUN Kuala Nerang

Monday, October 31, 2011

Terapcare teruskan misi jelajah bantu golongan warga emas dan miskin


Alhamdulilah..amanah para penderma telah kami laksanakan..semoga semua penyumbang sentiasa di berkati Allah..

bersama dengan warga emasdi Padang Setol yang jari kakinya dipotong akibat kencing manis
Berhenti seketika untuk sujud kepada Allah di Waktu Asar
Sesungguhnya Allah amat menyukai anak muda yang sujud KepadaNya
Tunggu giliran untuk berwuduk
Sumbangan Zakat kepada asnaf yang selayaknya menerima
Bersama Tuan Khamis,MKK Kg Tanjung Luar menyantuni warga emas
Terapcare meredah apa saja untuk sampaikan sumbangan kepada warga Padang Terap

disinilah hotel 5 bintang rakyat jelata


Tangisan tanda kegembiraan dari seorang warga emas
Nenek ni tak tahan sebak..beliau menangis sebaik saja Ust Hamizan menghulurkan sumbangan kepadanya..Ya Allah..akan kami bantu mereka sedaya mungkin dengan keizinanMu Ya Allah


sedikit sumbangan tanda ingatan sempena AidilAdha
Tok Tam bersama anaknya yang setia bersama menjaganya..
Pengerusi Terapcare bertanya khabar kepada Tok Itam di Kg Tanjung Luar Pedu..Umurnya dah 94 tahun..Subhanallah..

31hb Oktober 2011: Terapcare bersama ahli Skuad Cakna Terapcare mengadakan Ziarah Warga Emas di sekitar Pedu yang melibatkan Kampung Tanjung Luar,Kg Banggol Pong dan Kg Padang Setol. Sumbangan barang makanan sempena Aidiladha dan wang zakat telah disampaikan sendiri oleh Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare Padang Terap dengan disertai oleh Ketua Lajnah Kebajikan DUN Pedu iaitu Sdr Najib .Sebanyak 20 buah rumah telah dilawati dalam siri jelajah ini.Pengerusi menegaskan bahawa,jelajah ini akan diteruskan ke setiap kampung yang mempunyai Cawangan Terapcare diseluruh daerah Padang Terap.beliau juga berbangga dengan kesungguhan Ahli Skuad Cakna yang turut serta dalam jelajah ini,mereka ialah anak muda ynag amat cintakan kebajikan kepada warga miskin,mereka golongan muda yang berpengetahuan,dengan semangat inilah,Terapcare terus kukuh walau pelbagai tohmahan menjelma.Alhamdulillah,setakat ini sudah 50 cawangan di Seluruh Padang Terap.
READ MORE- Terapcare teruskan misi jelajah bantu golongan warga emas dan miskin