SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, October 28, 2011

FITNAH dan Penghinaan kepada semua Ahli Terapcare..


FITNAH DAN SABOTAJ oleh pihak yang tak bertamadun..yang mengatakan kita mengadakan pesta Arak..Ya Allah..sesungguhnya HambaMu itu sangat mencemburui kami..Kami pohon KehadratMu Ya Allah..bukakanlah pintu hati mereka agar menerima hidayahMu Ya Allah...hentikan mulut dan angota mereka dari memfitnah kami Ya Allah...
Bergambar kenangan bersama artis setelah selesai solat jemaah Asar di Masjid Naka..
Ajk pengajur berselawat bersama artis seusainya majlis malam kesenian anak muda
penonton diasingkan antara lelaki dan perempuan
YB Ust Nasir,Ust Hamizan dan Azizan Yusof bersama dalam malam kesenian anak muda Terapcare


pengerusi menyampaikan ucapan aluan di Majlis Hi tea bersama artis



Konvoi bermula di Masjid Kuala Nerang..

Fitnah...itulah yang terjadi setelah selesainya Malam Kesenian Anak Muda Terapcare di Dewan Naka 23 hb Okt 2011. Digambarkan bahawa dalam majlis tersebut ada yang minum arak dan menghisap gam..ini merupakan satu penghinaan yang tak dapat nak diterima akal kepada Ahli2 Terapcare semua.Terapcare merancang dan melaksanakan Malam Kesenian Tersebut dengan beberapa perubahan dibuat agar tidak bertentangan dengan Syarak.Majlis dimulakan dengan Konvoi di Masjid Kuala Nerang dan berhenti di Masjid Naka untuk solat asar berjemaah. kemudian Hitea bersama artis di Sri Juluk Resort, solat magrib berjemaah diimamkan oleh ust Radzi dari kumpulan Melissa diteruskan dgn kuliah magrib oleh Radzi melissa dan solat isya berjemaah..malam kesenian dipengerusikan oleh ust Radzi Melissa,diselitkan dengan tazkirah dan lagu ketuhanan bagi mengajak jiwa anak muda yang sedang bergelora supaya mengingati Allah selaku Tuhan Yang Maha Berkuasa.Namun disana ada insan yang dengki dan cemburu,apabila hati dimatikan Allah dan Akal menggila mengikut nafsu maka kejahatan dan fitnah menjadi agenda. di ura2kan bahawa majlis ini menjadi pesta muda mudi dan arak didewan Naka.inilah satu penghinaan dan Fitnah yang dibuat oleh orang yang berotak kecil,mereka harus ingat,hari ini kita boleh melakukan apasaja,namun kita kena ingat Allah berkuasa atas segalanya.Tidakkah orang yang memfitnah itu tidak takut kepada Allah?saya amat berbangga dengan ahli2 Terapcare semua yang tanpa jemu2 bersama dalam segenap keadaan..InsyaAllah sama2 kita berdoa agar orang yang mengkhianati perjuangan anak muda Terapcare ini akan menerima balasan dari Allah..

1 comment:

  1. geng don kayu...dema xg dema wat cita.botoi arak hat dek kalit klu...pmuda terap care xbodo mcm dma yg g thok btoi tang 2...kuma pown leh pk la...sapa dya hat thok btoi situ tu mmg x g kuliah magrib la tu.......hat agama x moh nak g mek lasong orang soh thok botoi baya duit nak g la.....bodo

    ReplyDelete