SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, August 3, 2010

Jelajah Ambang Ramadhan bersama Wakil Surau Taman Desa Surada Bangi.


YB Ust Nasir Menyampaikan sumbangan kepada masyarakat miskin Kg Baru Ladang
Ust Hamizan bersama aktivis amal surau mujahidin Taman Desa Surada menyampaikan sumbangan di Kg Barokhas
Al-Quran menjadi panduan hidup bagi setiap manusia.

Dimana saja kita berada ,walau apa dugaan menimpa kita ,maka Al-Quranlah penyelamat kita..YB Ust Nasir
Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare bersama Ust Azam Setiausaha PAS Padang Terap menyampaikan sumbangan di Kg Keda Bukit Ular
Sedikit sumbangan tanda prihatin sempena Ramadhan yang Mulia

Sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini,Terapcare bersama Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dengan kerjasama Surau AMujahidin Taman Desa Surada Bangi,Selangor tampil menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada masyarakat miskin padang Terap.Sebanyak 2o keluarga dilawati oleh aktivis jelajah ini yang diketuai Oleh YB Ust Nasir bagi kumpulan A dan Ust Mohd Hamizan bagi kumpulan B.Sumbangan disalurkan di sekitar Kg Keda Bukit Ular,Kg Baru ladang,Kg Padang Cenderai dan Kg Barokhas.Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga miskin sempena ramadhan kali ini.bermacam ragam dan suasana yang ditemui oleh para aktivis,ada yang gembira dan ada yang menangis tanda syukur kepada Allah kerana masih ada yang ingatkan mereka. YB Ust Nasir berkata,program ini akan diteruskan sehingga ke bulan Ramadhan,kerana ianya akan meringankan sedikit sebanyak bebanan mereka. Pengerusi Terapcare berkata,Terapcare menganggarkan sebanyak 1000 keluarga miskin sekitar Padang Terap yang akan dibantu sempena menyambut hari lebaran ini.Oleh itu,beliau memohon jasa baik para dermawan untuk menyalurkan sumbangan kepada Terapcare untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.Sinarkan hari mereka dengan sumbangan kita InsyaAllah Allah akan menyinarkan Kubur kita di Akhirat nanti..

No comments:

Post a Comment